PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 TAHUN 2019 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan/Cik dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil (rujuk lampiran) dalam Jawatankuasa Majlis Konvokesyen Ke-27 Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang berkuatkuasa serta merta.

 

3.         Dengan perlantikan ini, diharap pihak tuan/puan dapat melaksanakan perancangan  aktiviti - aktiviti jawatankuasa tuan/puan untuk memastikan kejayaan penganjuran Majlis Konvokesyen Ke-27 PKS pada tahun ini.

 

4.         Setinggi-tinggi tahniah dan semoga dengan perlantikan ini, tuan/puan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini secara professional dengan penuh komitmen, cekap dan berkesan.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Saya Yang Menjalankan Amanah,

 

 

Nazrie Bin Baini