JEMPUTAN MENYERTAI MaSCO EXPLORACE 2019 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ybhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MaSCo EXPLORACE 2019 PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak akan menganjurkan program MaSCo EXPLORACE 2019 peringkat Negeri Sarawak seperti mana butiran berikut:
Tarikh : 2 Mac 2019 (Sabtu)
Masa : 08.00 pagi – 05.00 petang
Tempat : Pustaka Negeri Sarawak
Penyertaan : 1 pasukan sahaja ( 3 orang pelajar )
Pensyarah Pengiring : 1 orang pensyarah sahaja
3. Program ini bertujuan untuk mengadakan aktiviti –aktiviti yang boleh memberi perangsang kepada para pelajar supaya berminat terhadap kursus Matematik, Sains dan Komputer dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.
4. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati ingin menjemput pihak tuan untuk menghantar satu pasukan bagi menyertai program tersebut. Mohon pihak tuan dapat menyebarkan dan memaklumkan kepada pelajar institusi tuan yang berminat.
5. Dilampirkan bersama adalah borang penyertaan (Lampiran 2) bagi program tersebut. Peserta adalah dinasihatkan agar bersedia dari segi mental dan fizikal. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM20.00 setiap pasukan dan dibayar pada hari pendaftaran. Segala kemudahan penginapan dan pengangkutan diuruskan oleh peserta. Senarai cadangan penginapan dinyatakan di (Lampiran 3). Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan. Peserta juga perlu mendaftar di laman web http://www.pustaka-sarawak.com/pages.php?do=membership sebagai ahli pustaka kerana sebahagian aktiviti ‘explorace’ nanti akan menggunakan OPAC Pustaka Negeri.
6. Oleh yang demikian, diharapkan agar pihak tuan dapat mengembalikan borang penyertaan yang lengkap untuk tindakan pihak kami sebelum atau selewat- lewatnya pada 25 Februari 2019. Segala tuntutan perjalanan serta lain-lain tuntutan berkaitan hendaklan dikemukakan ke institusi masing-masing mengikut pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh diajukan dengan menghubungi kami ditalian 082-845596 samb: 133 atau 012-7269616 ( Pn Nursahizalina Bt Mohd Sa’at).