Subject: Bengkel Pembentukan Item Berkualiti
Importance: High
| |||||||||
MEMORANDUM RASMI UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN | |||||||||
Ruj. Kami :PKS.500-12/3/1 (18) Tarikh : 18 FEBRUARI 2019 | |||||||||
Perkara | Bengkel Pembentukan Item Berkualiti | ||||||||
Daripada | Timbalan Pengarah (Akademik) | ||||||||
Kepada | Pegawai Seperti dalam Lampiran A | ||||||||
Melalui /Salinan | Timb. Pengarah (Sokongan Akademik)/Ketua Jabatan | ||||||||
Perkara diatas adalah dirujuk . 2) Sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :
3) Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dijemput hadir (wajib) untuk mengikuti bengkel tersebut seperti dalam Lampiran A. Tentatif program akan dimaklumkan kemudian oleh urusetia. Sila kemukakan Borang Akuan Tidak Hadir Latihan & Tunjuk Sebab Ketidakhadiran sekiranya tidak dapat hadir dan disahkan oleh ketua semasa. 4) Sebarang pertanyaan perkara yang berkaitan tuan/puan boleh berhubung terus dengan Puan Norbaizura binti Mokhtar di ext: 134 bagi mendapatkan penjelasan lanjut untuk perkara yang berkaitan. 5) Mohon kerjasama semua peserta bengkel untuk mengisi borang keberkesanan latihan setelah selesai menjalani bengkel. 6) Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan terhadap perkara berkaitan adalah amat dihargai. Semoga bengkel ini akan dapat meningkatkan kompetensi tuan/puan dalam menjalankan tugas semasa kearah mencapai visi dan misi politeknik. Sekian,terima kasih. “POLIKU SAYANG TANGGUNGJAWABKU” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah t.t (CHOW TIO KIONG) Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Kuching Sarawak | |||||||||
Makluman: Minum Pagi dan Makan Tengah hari disediakan.